SOALAN LATIHAN VALIDITY & RELIABILITY

Untuk soalan latihan validity & reliability anda semua boleh klik pada pautan dibawah:


boleh buat ulangkaji bersama kengkawan ye.. study awal sebelum terlambat :)

PROSES KOGNITIF: MEGHASILKAN IDEA

Secara ringkasnya...kognitif adalah berfikir.. kalau proses kognitif, maknanya proses berfikirlah ye???idea disebalik proses kognitif adalah simple shj. Iaitu proses kognitif melibatkan dua perkara iaitu kita mengambil informasi dan menyusun informasi utk membuat kesimpulan. Jung menjelaskan proses ini sebagai "taking-in process" iaitu "perceiving" dan "organizing -and-drawing conclusion" proses "judging". Maknanya kehidupan sehari2 kita buat dua benda ni la ye?? Meh saya bagi satu contoh untuk memahamkan lagi anda semua.
We observe we are thirsty (Perceiving), we decide to get something to drink (Judging), we come up with possibilities of what to drink (Perceiving), we decide on a beverage that's available several blocks away (Judging), we notice it is sunny (Perceiving), we decide to have water outside instead (Judging). And so it goes, back and forth, all through the waking hours of our life.

Seterusnya... proses kognitif dalam menghasilkan idea melibatkan divergent thinking dan convergent thinking... (apa bondo ni?)
Divergent thinking memerlukan seseorang mengeluarkan pelbagai idea tanpa membuat penilaian terhadap idea2 tersebut. Maksudnya disini, anda bebas berfikir tanpa had, walaupun ada beberapa perkara yang tidak logik pada mata kasar.
Manakala convergent thinking pula kita aplikasikan pemikiran kritis. Kita akan menilai,menganalisa segala idea2 yang tercetus dari divergent thinking tadi..
Berikut adalah jadual yang meringkaskan proses kognitif utk menghasilkan idea


Ma








PROSES PENYELIDIKAN



Bagi seorang penyelidik novis pasti kebuntuan (meraba2 dalam kegelapan) untuk memulakan sesuatu penyelidikan. Saya sendiri juga masih baru dalam bidang penyelidikan ini (dulu saya juga teraba2 dlm kegelapan sampai terhantuk dinding, jatuh tersungkur,tersembam mencium tanah, tapi berjaya bangkit kembali).

Dengan ilmu yg x seberapa dan pengalaman, ingin saya kongsikan dengan pembaca semua, apakah langkah2 yang terlibat dalam sesuatu penyelidkan. Kredit diberikan kepada Dr Othman Talib, kerana melalui blog beliau banyak idea yang saya dpt aplikasikan dan berkongsi dgn org lain.

Saya nak berkongsi harta x dapat krn x kaya raya, apa yg saya boleh kongsikan adalah ilmu utk memudahkan anda melakukan penyelidikan.




PERBEZAAN KAJIAN KUALITATIF DAN KAJIAN KUANTITATIF

KAJIAN KUANTITATIF


Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kuantitatif:
i) Kajian Deskriptif
ii) Kajian Korelasi
iii) Causal Comparative
iv) Kajian Eksperimental

KAJIAN KUALITATIF

Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.


Jenis-jenis kajian kualitatif:
i) Kajian Tindakan
ii) Kajian Kes
iii) Kajian Lapangan
iv) Analisis Dokumen






PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF

i) Bentuk Data

KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Data berbentuk angka yang boleh diukur.
Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian

KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.
Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

iii) Reka bentuk Kajian

KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut.
Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.

iv) Peserta Kajian

KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu.
Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

v) Metodologi Kajian

KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.


KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)

Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.

RUJUKAN

Aini Hassan. 2007. Kualitatif Atau Kuantitatif ?: Memahami Andaian Asas Yang Mendasari Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). Halaman 7-16. ISSN 0126-5024

Kajian Dalam Pendidikan. http://www.scribd.com/doc/18682201/Panduan-Kajian-Kes [3/8/2010]